Friday, June 1, 2012

Berubah demi kebaikan!!


Perubahan demi perubahan yang berlaku kepada diriku begitu mendadak..hihi..perubahan apakah yang aku maksudkan?perubahan yang ku maksudkan adalah perubahan ku daripada free hair kepada berhijab..mengerti kan apa yang aku maksudkan?alhamdulilah 2 bulan sudah aku membiasakan diri dengan berhijab..mesti korang semua tertanya-tanya macam mana aku boleh berubah setekad itu?aku pon taktau sebenarnya maybe ini yang dikatakan hidayah yang datang daripada Allah s.w.t..okay aku nak share story aku dengan korang semua..aku ne suka bace magazine 'DARA' tu magazine muslimah punya..disebabkan magazine tu lah alhamdulilah aku berubah..aku start bace magazine tu bila tengok membe ku sendiri yang membelinya..mula-mula aku just pinjam je magazine dari membe ku..apa yang menarik about magazine tu?actually banyak lah..ade fesyen+style berhijab+masak-masak pon ada+tips2 yang berguna..so berfaedah baca magazine tu & tak rugi tau bace magazine tu..then aku pulak pergi membeli..

Time 1st time & second time beli magazine tu tak ada apa-apa yang berlaku..tapi time kali ketiga beli magazine tu..aku tidak mengetahui tiba-tiba hatiku berasa tersentuh bila membaca magazine tu..dan tiba-tiba ku tersedar sesuatu yang aku banyak melakukan dosa..dan tiba-tiba terlintas di benakku mahu berhijab..keesokkan harinya aku tak salahku pada hari itu adalah hari jumaat hari yang mulia..time tu class cancel..so time tu aku berasa lapar dan berhajat untuk keluar ke kedai hadapan untuk membeli makanan..start dari situ jugalah aku berhijab even hanya menggunakan tudung sarung..tiba-tiba aku merasakan kepala ku begitu dingin bila berhijab & dari situ aku tekad untuk berhijab..alhamdulilah sehingga ke hari ini ku masih mengekalkan hijab di kepala ku..bersyukur kepada yang maha esa diatas hidayah yang diberikan kepada diriku..

Time aku mula-mula mahu berhijab semua teman-temanku & si dia agak terperanjat dengan hajatku ini tetapi mereka tetap memberi semangat & dorongan kepada ku..alhamdulilah..si dia memberikan sokongan kepada ku dengan menghadiahkan sehelai tudung bawal yang comel..hihi..hari demi hari aku merasakan begitu selesa..ku akui begitu banyak dugaan & cabaran sepanjang ku berhijab ne..tapi alhamdulilah ku berjaya mengharungi cabaran & dugaan dengan tabah..dan semasa emakku pergi menunaikan umrah aku meminta emakku mendoakan supaya aku kekal berhijab selama-lamanya dan mendoakan kejayaan ku..tetapi aku masih memerlukan doa & sokongan daripada korang semuanya..

No comments:

Post a Comment