Friday, June 1, 2012

A good friend!!

Dalam dunia ini ada berjuta-juta jenis manusia..dalam berjuta-juta manusia tak semua baik & tak semua jahat..huhu..dizaman yang serba moden ini memang susah nak mendapat teman yang sama-sama susah & sama-sama senang kan?in fact memang susah nak temui yang sebegitu kan..setakat ini alhamdulilah aku menemui teman yang sentiasa ada ketika aku senang,susah,suka & duka..dia memang seorang teman yang sangat baik..dia memahami diriku..dia juga selalu menceriakan hari-hari ku yang kian sepi..dia juga banyak memberi dorongan & semangat kepada ku..ketika aku berada dalam kesusahan dia sentiasa ada membantu ku..ketika aku dalam kesunyian dia sentiasa ada menghiburkan diriku..ketika aku sedang berduka dia juga sentiasa ada yang menceriakan diriku..kalau aku ada apa-apa masalah dia sentiasa ada untuk mendengar segala masalah ku ini..aku berasa beruntung kerna dipertemukan dengan seorang teman yang baik..


Hidup ini tidak akan bererti tanpa teman kerna teman amatlah penting dalam kehidupan..Tetapi haruslah pandai memilih teman..Dari pandangan ku teman yang baik adalah teman yang tahu bila kawan memerlukan bantuan, seseorang yang boleh bergantung harap dalam apa keadaan sekali pun. Menerima dirinya seadanya – tidak kira siapa,bersikap terbuka,jujur..sentiasa memberi sokongan moral mendorong anda mencapai kejayaan dan melakukan yang terbaik.menghargai antara satu sama lain.baik hati dan bertimbang rasa.tidak pernah menjatuhkan maruah anda. serius dalam persahabatan & sedia mendengar..itulah yang dimaksudkan dengan teman baik.


Dari Abdullah bin Amr radhiallahu 'anhuma,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baiknya kawan disisi Allah Ta'ala ialah yang terbaik hubungannya dengan kawannya dan sebaik--baiknya tetangga disisi  Allah Ta'ala ialah yang terbaik pergaulannya dengan tetangganya."Teman yang baik tidak pernah mengumpat   dibelakang temannya. Teman yang baik tidak pernah mencemburui kejayaan teman baiknya sebaliknya teman yang baiklah yang paling banyak membantu teman baiknya untuk mencapai kejayaan. Teman yang baik juga tidak pernah mempengaruhi teman baiknya melakukan perkara yang sia-sia. Teman yang baik adalah teman yang sentiasa menasihati untuk melakukan kebaikan. Teman yang baik adalah tempat kita meluahkan perasaan semasa sedih mahupun gembira. Teman yang baik adalah teman yang tidak memaksa untuk sentiasa berada di sisi. Teman yang adalah teman yang sentiasa mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan temannya di dunia & di akhirat. Kita bukanlah teman yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada teman baiknya,kerna teman yang baik selalu menyampaikan perkara yang baik kepada teman baiknya.





No comments:

Post a Comment