Sunday, June 3, 2012

Ibu bapa adalah segala-galanya

Dalam dunia ini benda yang paling berharga yang sekali adalah ibu bapa kita..tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini..ingatlah segala pengorbanan mereka untuk membesarkan kita..Sebagai seorang anak, kita diingatkan agar melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa kerana ia satu ibadat dalam Islam. Seperti mana yang kita maklum konsep ibadat dalam Islam adalah syumul iaitu menyeluruh. Berbuat baik kepada ibu bapa adalah antara ibadat yang dituntut dalam Islam sekali gus kita akan dapat menjadi penyejuk mata bagi ibu bapa kita lebih-lebih lagi apabila mereka melangkah ke usia emas. Kita hendaklah menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh ibu bapa sedari kita kecil lagi sehinggalah kita berjaya.Kita sebagai anak perlulah menghormati ibu bapa, bererti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka supaya tidak tersinggung ataupun disakiti. Dengan kata lain, segala suruhan dan larangan ibu bapa mestilah dipatuhi selagi suruhan dan larangan mereka tidak menyalahi syariat yang telah ditetapkan.Bagi sesiapa yang tidak menghormati ibu bapanya ataupun mengkhianati, maka dia dianggap sudah menderhaka terhadap ibu bapanya. Bagi mereka yang derhaka kepada ibu bapanya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup ketika di dunia dan juga di akhirat. Selain itu, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa bererti menderhaka kepada Allah SWT.

Daripada Abdullah bin Amru ra, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah daripada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibumu.” Kemudian aku bertanya: “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibumu.” Kemudian aku bertanya: “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi).

Dalam surah al-Ahqaf ayat 15 bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula), mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjuklah Aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya Aku dapat berbuat amal yang salih yang Engkau reda; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya Aku termasuk orang yang berserah diri”.

Moral of story: Janganlah sesekali kita menderhaka kepada ibu bapa kita.Justeru itu,hormatilah mereka selagi mereka masih hidup.Hargailah segala pengorbanan mereka & ingatlah Allah s.w.t murkai seorang anak yang menderhaka kepada ibu bapanya.Anak yang soleh/solehah adalah anak yang sentiasa mendoakan sejahteraan ibu bapa mereka di dunia & di akhirat.

No comments:

Post a Comment