Monday, June 4, 2012

I love you abah!

Sejak diriku dilahirkan ke dunia ini & sejak kecik lagi aku memang manja dengan abah sehingga ke hari ini aku masih manja dengan abah..abah sangat sporting+baik+kelakar+caring..tiba-tiba ku teringat zaman ku masih kecil semasa berusia 6 tahun..kalau aku mahu pergi ke tadika abah lah yang hantar ku & sebelum itu memang wajib abah belikan aku roti krim sebabnya semasa aku berusia 6 tahun aku amat menggemari roti krim & ice cream calok..abah juga selalu pesan dengan ku semasa kecil "Kalau ada orang yang tak kenali ajak ikut dia..adik jgn ikut tau..tu orang jahat"..huhu..dari kecil lagi jika emakku tiada pergi out station..abah lah yang menjaga ku & banyak melayan kerenah ku..nak ini nak itu..semasa abah pulang dari berkerja aku mesti menyambut kepulang & menjeriit name "ABAH" & minta didukung..dan ada sekali tu abah pulang dari bekerja & abah  pelik tgk aku tiada sambut dia seperti kebiasaannya..so abah pon bertanya kepada mak mcm ini "Adik mana?"then mak berkata begini "Adik keluar dengan kakak"..padahal ketika itu aku menyorok dalam almari..aku berpakat dengan mak je tu mahu menyorok..selepas itu apabila abah masuk ke dalam bilik..aku keluar & panggil name abah..hihi..seperti biasa abah akan dukung ku..ke mana aku pergi mesti ada abah..aku dengan tak boleh berpisah..abah juga suka membawa ku,akk ku & abang ku ke ulu yam untuk bermandi-manda pada setiap hujung minggu.


Semasa aku berusia 7 tahun pula..aku start belajar di sekolah rendah dekat sk bangsar,kuala lumpur tetapi aku sekolah disesi petang..abah lah yang hantar ku ke sekolah selama seminggu & kalau abah yang hantar semestinya abah mengajak pergi ke kantin sekolah dahulu..selepas seminggu abah mengajar ku membiasakan diri naik bas..setiap hari abah memberikan ku duit belanja sebanyak RM 2 tetapi duit itu selalu habis sebelum sampai ke sekolah..haha..mahu tau apa yang aku buat?duit itu aku beli jajan..apa itu jajan?jajan tu makanan segera ar seperti keropok,gula-gula tu semua..& abah sangat pelik bila aku kate duit belanja sudah habis padahal belum sampai.so abah pon start menyiasatku..rupa-rupanya sebelum sampai sekolah aku beli jajan..mulut penuh dengan ice cream..tangan kanan pegang ice cream & tangan kiri pegang sosej dalam kocek baju sekolahku ada nugget lepastu dalam beg ada keropok..manalah tak habis kan?haha..dari usia 7 tahun lagi emakku sudah mengajar ku menabung..setiap hari aku mestilah kena bagi baki duit belanja..tak kisah lah 10 sen ke 20 ke 50sen or RM 1 ke janji ada duit baki..kalau tiada baki duit belanja sekolah dariku..emakku pasti akan memarahi diriku..semasa disekolah aku sering dibuli oleh budak lelaki dikelasku..tetapi aku hanya mendiamkan diri kerna aku begitu takut dengan mereka..mak & abah pun tidak mengetahui pasal ini..sebabnya aku tidak berani mahu memberitahu mereka..


Semasa ku berusia 8 tahun pula..setiap kali mahu ke sekolah emakku akan menelefon rumah untuk mengejutkan aku bangun & pergi ke sekolah..disaat aku mahu menuju ke bilik air..ku ternampak seekor cicak menuju ke bilik air..ku terus menjerit & menangis ketakutan & terus menelefon abah..aku menangis teresak-esak dan bercerita ke abah yang tak mahu pergi ke sekolah kerna takut nak ke bilik air..abah lah yang memujuk ku supaya aku pergi jua ke sekolah..aku tetap akur permintaan abah & menggagahkan diri ke bilik air..dan akhirnya kupergi ke sekolah..sampai sahaja aku di sekolah..perkara yang memang wajib aku buat adalah pergi ke kedai buku untuk membeli pemadam..aku memang suka mengumpul pemadam yangn comel-comel..huhu..ku masih teringat tragedi aku mandi bersama kakak ku dibilik air..aku terjatuh dilantai & dagu ku berdarah..dan emak menelefon abah untuk pulang segera meski pun semasa itu abah tengah overtime..abah pulang& terus membawa ku ke klinik berdekatan..dagu ku dijahit dengan rapi..sampai sekarang bekas jahitan masih ada di dagu ku..


Ketika ku berusia 9 tahun..aku sekeluarga berpindah ke putrajaya..tidak banyak benda yang menarik di putrajaya kerna tempat itu baru membangun..tidak banyak kedai yang ada & shopping complex ALAMANDA juga belum dibuka ketika itu..semasa ku bersekolah di sk putrajaya presint 9(1)..aku membiasakan diri bersekolah di sesi pagi..aku mendapat banyak teman-teman baru disitu..dihari minggu abah akan mengajak sekeluarga pergi bersiar-siar..setiap kali aku makan & lengan bajunya panjang abah pasti akan tolong lipatkan walaupun aku sudah besar..dan abah juga akan pimpin tanganku semasa melintas jalan walaupun aku sudah..ku langsung tidak berasa malu..huhu..abah selalu ada untuk ku..ketika ku sakit abah lahyangmenjaga ku & membawa ku pergi ke klinik..abah jugak banyak mengetahui apa yang aku suka makan & apa yang aku tak makan..saat abah memarahi aku,aku pasti akan merajuk & menangis..abahlah yang memujuk ku..abah selalu tunaikan permintaan ku..handphone & topup abah yang belikan..aku tidak pernah membeli handphone..setiap minggu juga aku pasti meminta topup..dan sehingga kini aku mengakui aku masih lagi tidur dibawah ketiak mak & abah kerna bagi ku selagi aku belum bernikah..selagi itu aku akan tidur dgn mak & abah..selagi mereka masih hidup selagi itu juga akan mahu bermanja dengan mereka..I <3 YOU ABAH !!


#Sebenarnya banyak lagi kenangan dengan abah..ini adalah sebahagian sahaja..kerna kalau mahu bercerita pasal abah memakan masa lama..terlalu banyak sampai tak terkata..thank you for read :)







No comments:

Post a Comment